Aku dan Alam




Aku dan Alam
Karya; Syukri Isa Bluka Teubai



Rakan, diriku hanyalah seorang anak, Pulo. Kampungku di seberang laut Banda, kautahu itu. Dan Bot ikanmu masih sahaja menjadi jembatan bahagiku di hari hari ikhlasnya tawamu.

Di tempatku ada berjuta juta terumbu karang, ikan ikan adalah sahabatku. Lobster, Gurita, Cumelan, Subang Gadeng, Geutala dan segala macam biota laut lainnya, semua mereka mereka itu juga karibku, kami rakan sepermainan.

Aku tetap harus bersekolah meski tinggal di pulau, kerana menuntut ilmu adalah kewajiban. Dan perlu sekali untuk kautahu; bahawa aku juga seperti anak anak mereka, menginginkan pendidikan yang layak.

Melaut pekerjaan ayah, selalu kesehariannya begitu, di sanalah penentu bahagi kehidupanku. Aku masih sangat sangat muda, perjalananku kian masih panjang ke hadapan.

Kadangkala di hari hari yang berlaku, menjadikanku pilu, tak kala ke Banda harus menggunakan Bot ikan, kalian tahu bagaimana cemasku, kalian tahu bagaimana perasaanku?

Aku takut, walau memang sudah nasibku begitu, harus pulang pergi ke kota mengarungi laut raya dengan Bot ikan, seadanya. Badai, hujan di kala dalam perjalanan memanglah sudah tak terkira lagi.

Tapi, aku masih takut. Bahpun kalian telah memberiku julukan; aku anak alam. Aku belumlah ingin pergi untuk menghadap Ilahi di usia yang masih sangat muda, pun apabila waktu telah tiba dan aku mati juga di tengah laut Banda. Maka jangan, jangan pernah sekalipun kautangisi kepergianku kerana itu adalah kesalahanmu, kelalayanmu, sungguh tak ada gunanya lagi.”

Seurapong, Pulo Aceh, 24 Juni 2016.


Syukri Isa Bluka Teubai, penyuka sastra.

Post a Comment

0 Comments