Sebuah Novel;
"Elegi Berkasih di Bandar Darussalam"
Karya; Syukri Isa Bluka Teubai
-{({ 63 })}-
Rumah
Sakit
***
Awal
daripada pagi hari Azis sudah pun mendatangi akan kosannya dara yang tadi malam
itu baru sahaja mengalami kecelakaan, sesampainya di sana adapun sekalian penghuni
kos, Fitri Al Fifi, Cut Munira dan Suci Lela, di kala waktu telah pun mereka mereka
itu terbangun.
Ia
menghampiri daranya, sebuah senyuman daripada perempuan yang kaki kirinya itu
patah sudahlah mengawali hari, paginya. Oleh kerana pada sebuah senyuman dari
Lela yang merekah kembang untuknya, membuat ia hampir sahaja meneteskan air
mata.
Azis tak
tahu kenapa di awal pagi tersebut pada sa’at daranya itu menyambutnya dengan
sebuah senyuman kasih sayang nan manja, di kala waktu ia hampir sahaja, adalah
di masa itu dirinya ingin sekali untuk menumpahkan segala daripada rasa yang
tengah bergejolak di dalam dirinya.
Pemuda
yang hampir sahaja meneteskan akan air matanya itu kerana dara yang tengah
dilanda musibah, akan dara yang kakinya patah, bisa tersenyum indah kepadanya
di awal pagi hari tersebut. Azis pun membalas akan senyuman perempuannya dengan
sebuah sunggingan kasih sayang yang hadir menghiasi bibirnya ke arah Lela.
“Abang.”
“Abang, pasti tak tidur semalam, kan?”
Tanya Lela, memulai akan obrolan dengan pemuda penyuka sastra yang kini sudah
berada tepat di hadapannya.
Tanpa
menjawab, akan lelaki itu hanya memandanginya, menatap akan wajah dan kemudian
ia melihat akanpada kaki Lela, akan kaki sebelah kiri dara kekasihnya yang
sudah dibalut perban karet semenjak dari semalam.
Adapun
Cut Munira, atawa yang sering disapa oleh sekalian mereka, Icut. Dara yang
sebulan lagi akan melangsungkan pernikahannya dengan M. Nazar, sudah pun meminta
diri untuk pulang sebelum pukul tujuh pagi hari tersebut, ia dijemput oleh Nazar,
Rambonya yang juga calon suaminya itu.
-{({ 64 })}-
Icut musti
pulang di awal pagi hari itu kerana ia masih harus masuk dinas, adalah kini
akan perempuan tersebut tengah koas di Rumah Sakit Gigi Unsyiah, pengabdiannya
di sana hanya tinggal beberapa bulan lagi dari bulan bulan terakhirnya untuk menjalani
tugasnya, akan koasnya di tempat yang berada di sekitaran lapangan Blang Padang.
Akan
rumah sakit yang berhadap hadapan dengan lapangan Blang Padang, tempat di mana
salah satu monumen nasional berada iaitu tempat di mana kapal terbang RI
Seulawah 001 diparkirkan. Yangmana burung bertenaga mesin tersebut sumbangan
daripada masyarakat Aceh.
Yang
kemudian ia menjadi cikal bakal bahagi Garuda Indonesia, adalah sampai dengan
sekarang ini. Di kala waktu masyarakat Aceh menyumbang daripada sekalian
hartanya ialah untuk membantu negara Indonesia tak kala merebut kemerdekaanya
daripada Belanda.
Dan di kosan
itu kini hanya tinggal Fitry, Lela dan Azis. Pukul sepuluh pagi pakwa Mun tiba
berkunjung, ia merupakan saudaranya Lela. Akan lelaki yang berkumis tipis lagi
berbadan gumpal tersebut tinggal di daerah Seutui.
Dirinya tahu perihal kecelakaannya Lela
setelah dirinya ditelepon oleh ayah si dara yang semalam ditabrak orang. Adalah
dirinya itu tahu akanpada cerita, sesudah ianya diberitahu oleh ayah Lela, dara
yang semalam baru sahaja patah kakinya akibat ditrabrak orang.
Dan pakwa
Mun akan lelaki yang berbadan gumpal itu juga memberitahukan mereka yang berada
di kosan bahawa akan ayah Lela selepas siang hari nanti baru bisa berangkat dari
kampung ke Banda Aceh untuk menjenguknya.
Sebelum sore
hari, sebelum magrib tiba di hari Selasa itu, akan orang tua Lela sudah pun tiba
di kosannya. Mereka sekeluarga baru sahaja sampai dari kampung halamannya,
Matang Glumpang Dua, kurang lebih lima jam perjalanan dari sana ke Banda Aceh.
Pukul
tujuh lewat tiga puluh tiga menit, di hari Selasa, malam Rabu, akan Azis, Nazar
dan Icut datang lagi untuk menjenguk Suci Lela, sembari bersilaturrahmi dengan
sekalian keluarga dari dara yang tengah ditimpa musibah, yang keluarganya itu baru
sahaja sampai dari kampung.
-{({ 65 })}-
Sesampainya
di kosan yang berada di komplek Padee Permai, Cot Iri, Ulee Kareng tersbeut,
mereka disambut oleh ayah, ibu dan beberapa keluarga Suci Lela yang mereka itu
sudah berkumpul di tempat tersebut.
Dipersilahkannya
mereka untuk duduk, disuguhi minum dengan penganan yang sudah tersedia,
berlanjutlah pada cerita cerita yang berkenaan, tentang cerita kronologi
bagaimana pasti akan kejadian itu berlaku. Walau Lela lebih dahulu, sedari
tibanya akan orang tuanya di kosannya, dara itu sudah pun menjelaskan kepada mereka
mereka itu.
Bahpun
demikian, tidaklah ada yang tahu pasti bagaimana akan peristiwa kecelakaan,
bagaimana itu berlaku kecuali Lela sendiri. Kerana tidak seorang pun dari
mereka yang tengah berada di kosan tersebut melihat sa’at sa’at kejadian
berlaku.
Juga
kerana tidak adanya akan saksi yang melihat langsung akan bagaimana persisnya
kejadian tersebut berlaku, di kala waktu Lela hanya sendiri, ia belum ditemani
oleh rakan perempuan yang sama sama mahu mengambil tugas kuliah di tempat kakak
leting kampusnya.
Adapun Azis
merasa canggung tak kala berada diantara Ayah dan Ibu Lela, walaupun mereka belum
kenal dengannya, pemuda yang sudah beberapa tahun menjadi kekasih haram bahagi
Lela tetap juga merasa tak enak hati.
Pukul
sebelas di malam Rabu tersebut, Icut, Nazar dan Azis, mereka berpamitan untuk pulang
ke kosan masing masing. Akan sekalian daripada keluarga Lela, mereka itu telah
pun bersepakat bahawa esok pagi akanlah membawa dara yang kaki kirinya sudah
patah ke rumah sakit.
“Lebih baik dioperasi sahaja kakinya,
kerana proses penyembuhannya lebih cepat.”
“Lagi pun setelah lebaran nanti, Lela
mahu mengajukan akan judul skripsinya.” pungkas ayah Lela tak kala bercakap
cakap dengan istrinya, ibunya Suci Lela.
-{({ 66 })}-
Pada pagi
hari sehari sebelum daripada hari Kamis, Lela pun dibawa ke rumah sakit, kerana
keluarganya lebih memilih akan kakinya itu untuk dioperasi sahaja. Dan setelah
hasil pemeriksaan keluar, di kertas itu tertulis.
Bahawa
kaki Lela tidaklah harus dioperasi, akan tulang yang patah itu sudah balik
semula ke tempatnya, sudah rata kembali. Kerana pasca kecelakaan yang sudah
satu hari berlalu itu ia langsung dibawa ke tempat urut, berhingga tulang yang
bergeser akibat ditabrak orang, telah pun rapat lagi di malam itu juga.
“Alhamdulillah.”
“Alhamdulillah, ya, Allah.”
“Puji syukurku kepada-Mu, Allah SWT,”
Azis bersyukur kepada Tuhannya, setelah mendengar akanpada kabar baik tersebut.
Yang ia
juga turut hadir ke rumah sakit di kala waktu. Dan bisa dikatakan sudah demikianlah
akan ketentuan yang memang telah ditentukan, ditakdirkan oleh Allah untuk dara
rupawan itu. Sekalian mereka yang tengah berada di rumah sakit merasa lega.
Pukul
lima sore masih di hari Rabu tersebut, dokter masuk ke ruang Duku, tempat di
mana Lela berada. Lalu beberapa orang yang memakai baju putih itu membawanya ke
ruang operasi akan dara itu disertai oleh ayahnya, bukan untuk dioperasi
melainkan hanya untuk disemen (Gipsum) sahaja akan kakinya itu.
Jarum
pendek di jam yang berada di tangan sebelah kiri Azis menunjuk pada angka tujuh
di Rabu malam itu, dari kejauhan ia sudah melihat Lela dibawa kembali ke ruang
inapnya iaitu di ruang Duku setelah sedari tadi dara tersebut dibawa ke ruang
operasi.
Akan raut,
akan aura di muka pemuda pujangga yang seharian sudah berada di rumah sakit, yang
dirinya itu seperti pemilik sekalian gundah yang ada pada manusia, sudahlah
wajahnya nampak cerah ceria, bahpun akan kebahagiannya itu belum sempurna
adanya.
Beberapa
jam sudah ia berada di dalam ruang di mana daranya tengah dirawat, setelah
beberapa jam berada di sana ia pun berpamitan untuk pulang ke kosannya.
Meskipun jasadnya sudah pergi dari ruang itu akan tetapi hati dan perasaanya
masihlah tinggal bersama Lelanya.
Setelah
magrib bertepatan dengan malam Jum’at, atawa malam ke empat daripada kejadian.
Azis telah pun berwujud di hadapan ruang inap Lela, di situ sudah ada ayah Lela
yang tengah duduk di kursi panjang di hadapan ruang tersebut.
Bersambung.....
Nantikah kisah selanjutnya, semoga novel pertama saya ini berkenan di hati anda semua.
Terimakasih untuk anda yang sudah mahu membaca.
Hormat Saya; Syukri Isa Bluka Teubai.
Banda Aceh, 18 Mey 2018.
0 Comments