Gambar ilustrasi; sampul buku novel "Elegi Berkasih di Bandar Darussalam," yang novel tersebut ditulis oleh; Syukri Isa Bluka Teubai.
Pada Sebait Hikayat Hujan
Karya;
Syukri Isa Bluka Teubai
Kembali
untukmu kubacakan sebuah cerita,
perkenankan
aku,
berikan
daku sedikit waktu sahaja.
Sebentar
pun tak mengapa,
jangan
takut dan gundah.
Jangan
murungkan wajahmu yang tengah cerah itu,
tataplah
daku,
bukalah
matamu, dan tenangkan jiwamu, sayang.
Aku
hanya ingin membacakanmu sebuah hikayat,
bukan
tentang kekejaman.
Bukan
pula tentang ketidak adilan,
kerana
pun tiada gunanya jika itu harus disuarakan lagi,
mereka
mereka itu adalah orang orang yang tuli.
Bukan
pula tentang keburukan,
begitu juga kita tidak akan bercerita pada kisah para pendusta.
Aku
hanya ingin berhikayat dan berkata kata sahaja,
berilah
aku waktu.
Sungguh
di sini tiada akan pernah kubahas tentang cerita,
pada
cerita saudara saudara kita yang tengah terjajah,
yang
tengah teraniaya lagi kelaparan,
yang
tengah mengharapkan kasih sayang dunia.
Tidak,
tidak akan kusindir sindir persoalan itu.
Aku
hanya ingin menbacakanmu, menceritakanmu;
“Pada
Sebait Hikayat Hujan.”
Yang
ianya hujan masih menemani kita, kini,
menyirami
bumi dengan rahmat Allah SWT,
Allah
tuhan Yang Maha Esa.
Hanya
itu sebait hikayatku tentang hujan,
senantiasa
terhiburlah dirimu dengan hikayatku, kasih.
Kerana
besar harapku begitu.
Banda
Aceh, 03
Januari 2017.
Syukri Isa Bluka Teubai, penulis novel "Elegi Berkasih di Bandar Darussalam".
0 Comments