Surat Terakhir Untuk Kekasih
Tak lagi terlihat denganmu senyum bahagia, memang tak mudah melupakan sebuah kenangan. Hanya ada perpisahan di akhir semua cerita, lagi pula ku tak mahu melupakan. Itulah hal terbaik sebelum lahirnya kecewa, kerana semua akan berlalu di setiap pertemuan. Dan kini ketenangan yang ada, kurasa, waktu waktu terus berjalan!
Jemariku kaku tak kala menulis surat ini, perlukah kautahu itu? Inilah surat terakhirku untukmu. Jika boleh, bahkan kautahu aku selalu berkata jujur tantang segala hal, berbohong aku sangat tak suka apalagi aku harus membohongi hati dan diriku sendiri, kerana bahagiku itulah kebodohan hakiki. Membohongi diri sendiri, aku tak mahu!
Kita sudah sama sama meyakini, bahawa Tuhan tak pernah salah dalam segala hal. Begitu juga dengan hubungan ini, kita berpisah, kita sudah mengakhiri hubungan ini. Di mana pengertianmu kini, janganlah kaupaksakan daku untuk menyakitimu. Aku tahu akan segala kebaikanmu terhadapku selama ini, tapi kautahu, kenapa aku memilih pergi?
Syukri Isa Bluka Teubai
Bandar Aceh, 21 April 2018.
Syukri Isa Bluka Teubai, penyuka sastra.
0 Comments