Elegi Cinta Tiada Penghujung (Bagian K4)

Ilustrasi@Syukriisablukateubai

Elegi Cinta Tiada Penghujung

Oleh: Syukri Isa Bluka Teubai


Malam masih berteman bulan, kemerlap cahaya bertaburan di langit yang berbintang. Muksal masih terlihat memangku tangan, ia adalah seorang pemuda yang tiada pernah merasa bahagia dengan cinta.

“Kuceritakan kekuranganku padamu, serta mengetahui akan kekuranganmu. Adalah sebuah kesengajaan, kerana demikianlah kejujuran cinta yang musti engkau tahu,” pemuda yang dulu periang tersebut kembali berkata-kata.

"Memang ini, beginilah sebenarnya, mustilah diri yang mengaturnya, segalanya. Yang berkaitan dengan nafsi, dan Tuhan (Allah Swt) tidak dapat dipungkiri," Muksal terus berucap.

Di bawah sinar purnama, Kamis malam itu. Mereka masih bercakap-cakap, keduanya berbicara tentang hidup dan apa itu kehidupan. Mahlil yang mengajak pemuda itu untuk keluar dari biliknya, pemuda itu pun menuruti sahaja. Berhinggalah berduanya tengah duduk di atas balai bambu di hadapan rumah orang tuanya Muksal pada malam tersebut.

"Walau orang-orang telah menjalaninya, melewatinya, bahkan sudah bertahun-tahun lamanya. Walaupun sudah terbukti, dan sudah membuktikannya. Sekalipun sudah tercatat ke dalam sejarah terbaik di dunia. Sungguh, tidaklah mudah untuk membina 
sebuah hubungan (cinta) itu," pemuda yang kian kecewa tersebut berkata lantang di hadapan rakannya itu. Dan entah apa maksudnya.

Ia yang dulunya periang itu, menopang kepalanya dengan kedua tangan. Di bawah perteduhan beratap rumbia, mereka berdua tengah menikmati rerintik hujan.

"Ia, aku tengah sendiri. Tidak, tidak, aku bukan berdua. Ia, aku di sini sendiri. Tidak, aku tidak di sana." Pemuda itu yang berkata-kata dan mereka berdua berada di atas balai bambu di hadapan sebelah kanan rumah orang tuanya itu.

"Jangan, jangan kaukatakan itu. Boleh, bahkan aku akan selalu memahamimu, selalu. Adakah engkau mengerti, berapa kali sudah kejadian yang sama terus terulang," Pemuda kecewa itu, terus berkata-kata sendiri. Di sampingnya, adalah seorang rakan yang senantiasa menemani.

"Sakitnya hatiku bukan kerana membencimu, namun oleh kerana besarnya cintaku padamu. Berhinggalah pada yang demikian ini, begini," Rakan yang ada di sebelahnya itu, hanya duduk manis sahaja.

"Dan, supaya engkau tahu. Bahawa kejadian, kesalahan yang sama telah terjadi lagi hari ini. Bukan sekali, duakali dan tigakali aku telah mengingatkanmu," Pemuda itu terus berkata-kata sendiri.

"Agar jangan pernah mengulang kesalahan yang sama lagi, kesalahan yang sama! Kapan akan ada perubahan, jika ini-ini sahaja masalahnya, kapan? Cobalah bersikap melebihi kedewasaanmu," pemuda yang dulunya periang tersebut terdiam seketika.

"Bukan kebingungan darimu yang aku inginkan, hei, aku perlu jawaban atas pertanyaanku!" Pemuda itu kembali mengingatkan rakannya itu, yang entah kapan ia bertanya kepada Mahlil. Dan rakan itu tiada pun peduli, hanya sahaja ia melihat ke arah mata Muksal.

"Makanya hari ini aku telah memilih jalanku sendiri, aku sangat-sangat kecewa kepada diriku. Coba sahaja, jika sudah menikah dan akan begini jadinya, berpisah. Sungguh aku tak sanggup untuk memikirkan semua itu, walau setiap sesuatu adalah sang Penentu," pemuda itu kembali berkata. Mahlil hanya mendengarnya sahaja.

Malam-malampun semakin panjang, seakan pagi tiada pernah ada lagi untuk hari esok. Mereka masih berada di atas balai bambu beratap daun rumbia tersebut.

Bersambung.........(Bagian K5).

Post a Comment

0 Comments