Elegi Cinta Tiada Penghujung (Bagian K3)

Ilustrasi@Syukriisablukateubai

Elegi Cinta Tiada Penghujung
Oleh: Syukri Isa Bluka Teubai


Beberapa tahun silam, ia pernah kecewa terhadap dirinya! Di beberapa tahun yang sudah berlalu itu, kejadian ini pernah terjadi, dirasakan olehnya. Nakeuh, pemuda yang berjiwa besar. Mempunyai cita-cita setinggi galaksi di cakrawala semesta dan sebesar dunia ini.

Namun, jalan ceritanya itu tiada lagi seperti yang ia bayangkan. Muksal tiada lagi mengingat untuk masa-masa di hadapan, ia adalah seorang yang sangat kecewa. Muksal kembali bertapa. Bahpun demikian, sesekali waktu ia terlihat menulis di atas buku notanya.

"Aku sangat sedih melihat keadaan rakanku yang periang, yang sudah hampir bisa menulis, baik berita, puisi dan cerpen. Jarang sekali ada orang yang seperti ia (bisa menulis) di kampung ini, sekarang ia kembali terjatuh lagi!" Guman rakan akrabnya tersebut, yang beberapa hari lalu sempat bertemu dan bercakap-cakap dengan pemuda periang itu. Dan rakan itu tengah duduk di hadapan rumah orang tuanya, yang hanya berselang beberapa rumah dari rumahnya Muksal.

“Aku masih ingat di kala ia menceritakan bahawa sangat berkeinginan untuk melanjutkan kuliahnya ke tingkat Master (S2), setelah selesai dari Strata Statu yang tengah ia jalani sampai sekarang. Dan entah apa yang akan terjadi ke hadapan itu perihal kuliahnya tersebut, yangmana Muksal hari ini telah berada di kampung. Walaupun demikian iaitu sangat jarang menceritakan tentang hal yang berkenaan dengan kampus, perkuliahan. Hanya sesekali waktu sahaja,” Mahlil yang berkata-kata itu. Ia kembali mengenang kata-kata Muksal yang sudah beberapa tahun berlalu.

...Sudah Lama Ingin Merantau...

“Hei, jangan bodoh! Semua itu adalah bagi masa-masa di hadapanmu, bukan untuk orang lain. Jangan hari ini engkau abaikan semua yang telah engkau dapati begitu sahaja. Tolong bangun dari tidurmu ini dan kembalilah merantau jangan tinggal lagi di kampung, di tempat yang bukan tempatmu ini, aku tahu engkau tiada cocok dengan suasana di sini,” rakan tersebut terus berkata-kata. Di kala waktu ia kembali datang untuk menjenguk rakannya tersebut.

“Aku yakin di sana, di rantau  itu. Engkau akan menjadi seorang yang hebat, cita-citamu akan tercapai di sana. Aku tahu walau dirimu adalah seorang yang sangat kecewa hari ini! Tapi bukan begini caranya (mengurung diri di dalam bilik). Akan tetapi semuanya ada di tanganmu itu, tolong bangunlah dari tidur ini rakanku,” Mahlil terus berkata-kata pada Muksal.

“Jangan kauulang lagi kejadian yang dulu itu (pernah mengurung diri di dalam bilik sampai dua tahun lamanya), kamu adalah seorang yang berbakat dan sudah mempunyai keahlian tersendiri. Janganlah menjadi orang-orang yang gagal dalam hidup dan kehidupannya rakanku!” rakan akrabnya itu yang berkata demikian.

Pria berbaju kotak-kotak tersebut terus membujuk pemuda yang dulunya periang itu, pada kesempatan ini ia menyengaja untuk menjengutnya di rumah orang tuanya. Kerana pemuda periang tersebut sudah hampir tiga pekan tidak pernah sama sekali keluar dari rumah orang tuanya itu dan ia menyendiri di dalam bilik rumah kayu tersebut.

Akan tetapi pemuda yang dulunya periang di kala waktu tiada berucap satu patah katapun, ia masih duduk di tempatnya. Bantal dan kasur sudah terlihat menipis di hamparannya, kerana seorang rakan yang kecewa tersebut hanya tidur dan tidur sahaja di dalam biliknya. Kata-kata orang tuanya sendiri sahaja tiada pernah didengarnya lagi, ia juga sudah menjadi seorang yang berperangai sangat bengis.

“Hei, setiap masa-masa di hadapan itu kitalah penentunya. Kita sendiri yang menentukannya. Keluargamu sahaja tiada pernah sepenuhnya akan bisa membantumu nanti, mereka punya keluarga sendiri nantinya. Kakak-kakakmu, adik-adikmu akan punya keluarga masing-masing. Aku tahu kamu juga tahu pada hal yang demikian bahkan pada hal-hal yang belum pernah aku pikirkan sama sekali, mungkin sahaja sudah duluan engkau pikirkan!” Rakan tersebut masih sahaja dan menyambung lagi perkataannya.

“Iya, aku tahu. Memang mereka akan punya, membina keluarga masing-masingnya. Tapi hari ini aku merasa bahkan sangat berprasangka, bahawa dari mereka itu ada yang tidak suka denganku, menghalang-halangi cita-citaku sampai pada detik ini. Aku sangat heran pada mereka itu, tidak pernah mahu mendukungku, padahal keluargaku sendiri!” Seketika Muksal menjawab.

“Dan aku yakin mereka sangat tahu, jalan yang kita tempuh ini pasti tidak akan sama. Kerana jalan hidup itu tiada pernah akan sama bagi setiap manusia ini!” Pemuda kecewa itu terus menanggapi perkataan rakannya.

"Iya, aku tahu juga, untuk mencapai pada sesuatu itu tiadalah mudah. Akan tetapi, bukan begini juga caranya. Anda, seorang yang berpendidikan. Tapi, lebih beradab orang-orang yang berada di kampung ini, jika kelakuan anda seperti sekarang. Walau pada Sekolah Dasar (SD) sahaja, mereka tiada pernah berada. Apa macam anda!" Mahlil pun geram, oleh kerana jawaban seorang rakan yang berpendidikan tinggi tersebut.

Suara parau itu bergema sekenanya. Pemuda yang dulunya periang tersebut melirik kotak rokok Dji Sam Su yang dibawakan rakannya itu, mengambil sebatang dan menghisapnya. Terlihat ia begitu menikmatinya, mungkin sahaja selama ia menyendiri di dalam bilik rumah orang tuanya itu. Selama itu juga ia tiada pernah menghisap rokok lagi, sepertinya begitu. Asap-asap dari rokok yang dihisap itu kini seakan memenuhi bilik tiga kali tiga meter yang beratap rumbia tersebut.

...Seakan Tiadalah Akhir dari Segalanya Tentang Elegi Itu...

"Aku tahu, bahawa besarnya cintamu. Aku tahu, beradalah keikhlasan dan ikhlasnya engkau mencintaiku. Tapi, jangan jadikan aku budak-budak cinta itu. Aku bukan seperti mereka, dan tiada pernah akan menjadi seperti mereka," Muksal berkata-kata sendiri sembari sebuah senyuman pahit terlukis di bibirnya dan ia menatap akan Mahlil rakannya itu.

Bersambung......(bagian k4).















Post a Comment

0 Comments