Elegi Cinta Tiada Penghujung (Bagian K2)

Ilustrasi@Syukriisablukateubai

Elegi Cinta Tiada Penghujung
Oleh: Syukri Isa Bluka Teubai

Kerana aku tidak punya masalah dengan mereka dan sampai sekarang masih menghormati kedua orang tuanya itu,” Muksal terus berkata-kata.

“Aku juga heran kepada Dara, sudah setahun lebih ia juga belum sekalipun menceritakan perihal hubungan kami yang telah kandas tersebut. Aku heran, entah apa yang ada di benaknya itu, entah kenapa sampai sekarang belum juga ia katakan apa yang sebenarnya telah terjadi,” pemuda itu terdiam.

“Mungkin ia masih mengharapkanmu!” Mahlil mejawab sekenanya.

“Tidak rakan, tidak lagi!” Muksal menyanggah dengan suara yang sedikit keras, ia terus menyambung ceritanya.

“Kaupikir selama setahun ini, aku pernah berhubungan dengannya? Tidak rakan, satu pesan singkat sahaja tidak pernah lagi kuterima darinya, apalagi untuk telpon-telponan. Tidak pernah lagi dan sudah satu tahun rakan!” Muksal meyakinkan Mahlil.

“Seperti kau membohongiku Muksal! Aku rakanmu, bertahun-tahun telah bersamamu walau kita jarang berjumpa kerana kesibukan masing-masing, kau di rantau dan aku di kampung. Tapi aku tahu bagaimana dirimu selama setahun berlalu, kau terlihat biasa-biasa sahaja. Tidak seperti orang yang tengah dilanda kemelut yang begitu berelegi!” Mahlil masih tidak percaya.

Walau bagaimanapun Muksal telah menceritakan perihal tentang dirinya, namun Mahlil belum juga bisa mempercayainya. Nakeuh, ia Muksal bercerita sembari mengumbar tawa. Rokok tiada henti-henti dihisapnya, memang itu sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya di kala ia menceritakan tentang kesedihan yang ada di hatinya. Pada hal yang demikian Mahlil tahu, yang namun ia susah menebak akan isi hati rakannya tersebut.
  
...Bukan Seorang Sarjana dan Tiada Pernah Bercita-Cita Akan Menjadi Sarjana...

Mereka masih sahaja bergelut dalam cerita, seakan tiada habisnya. Persoalan yang tengah diceritakan itu pun semakin menjalar sahaja, berbagai kemelut terkupas di malam hujan yang kian deras di waktunya.

"Bukan untuk apa-apa, aku hanya suka menulis sahaja. Segalanya akan kutulis, apalagi yang berkaitan tentang hal pribadi, kehidupanku. Di mana buku nota itu selalu kubawa ke mana sahaja aku pergi, setiap tanggal yang berlalu, akan kutuliskan kejadian yang berlaku. Ya, hanya untuk kesenangan sahaja," Muksal terdiam.

         Pemuda yang kini tengah kecewa tersebut, menceritakan kebiasaan lamanya kepada seorang rakan yang senantiasa mengunjunginya di dalam bilik rumah orang tuanya itu.

"Waktu-waktu terus akan berlaku, berlalu dan semua orang tahu akannya yang begitu. Namun hari ini, aku sudah menjadi seorang manusia yang tiada berguna, tiada berguna sama sekali," pemuda yang bajunya bolong-bolong itu mengiba.

        Muksal yang dahulu suka bercanda, berwawasan luas, dan suka menulis itu, untuk sekarang ini, waktu tiada lagi berpihak kepadanya. Ia sudah menjadi seorang yang kecewa, terutama oleh kerana cinta.

"Kamu sebenarnya mahu apa, kenapa tiada suka lagi untuk keluar dari ruang bilik yang sangat pengap ini! Lama-lama begini, bisa jadi tak waras nantinya, dan kamu tahu itu," Mahlil yang selalu setia mengunjungi seorang pemuda yang tengah kecewa tersebut, saban hari, bila ia berkesempatan tiada disibukkan oleh pekerjaan. Pasti menyempatkan waktunya untuk berkunjung melihat akan rakannya yang kecewa itu.

"Kamu tiada usah khawatir begitu terhadap apa yang tengah aku lakukan sekarang ini, aku tahu apa yang musti aku kerjakan di sa'at-sa'at seperti sekarang. Walaupun banyak yang berkata,” Muksal terus berucap.

“Apa itu cinta. Jangan membodohi dirimu oleh kerana kecewa, banyak hal yang musti kaulakukan. Hidup di dunia ini, bukan sahaja untuk cinta,” pemuda itu semakin geram dalam nada bicara.

“Aku tahu dan benar apa yang dikatakan mereka, tapi aku ingin bertanya kepadamu. Cinta yang bagaimana di dalam maksud mereka, dan seperti apa akanmu mehamahami itu (cinta)?" Muksal, pemuda yang dulu periang tersebut bertanya kepada rakannya itu.

Setelah beberapa hari berlalu, pemuda periang tersebut menceritakan kegelisahan pribadinya, kegelisahan hatinya kepada rakan akrab itu. Baik tentang keluh-kesahnya terhadap kehidupan, masa-masa di hadapan, percintaan dan lain sebagainya.

Kini ia mulai kembali lagi menempati sebuah bilik di rumahnya, yang sudah beberapa tahun ditinggal pergi kerana merantau dan sekarang, waktu yang bersamanya keadaan telah berkata lain. Tiada memihak kepada dirinya lagi, sendiri dan sendiri mengurung diri di dalam bilik papan rumah panggung beratap rumbia tersebut.

Tiada suka lagi untuk mengurus diri, sudah jarang sekali bergaul dengan orang-orang di kampungnya. Dan tiada banyak bercerita lagi. Pada kegemilangan yang hampir sahaja diraihnya pun tiada dihiraukannya lagi. Kekecewaan itu telah merenggut segala yang ada di dalam dirinya, ia dulunya sangat periang.

Seperti ia sudah melupakan segala harapan akan pencapaian atas kehidupan terhadap dirinya, perempuan yang dicintai pun kini meninggalkan dirinya begitu sahaja. Kesepian, adalah keadaan lama itu. Sekarang telah kembali untuk membaluti dirinya.

Kembali akan menjadi tukang tapa di bilik sunyi, penyendiri di dalam riuhnya kemajuan dunia ini. Rambut yang semula mahu dipanjangkan olehnya, kini sudah tiada terurus lagi, iapun mulai berkumis lebat. Berpakaian seadanya, keluar dari bilik tersebut ketika sudah sangat lapar dan gerah sahaja. Setelahnya kembali mengurung diri lagi.


Bersambung..........(Bagian K3).

Post a Comment

0 Comments