Elegi Cinta Tiada Penghujung (Bagian S1)

Ilustrasi@Syukriisablukateubai

Elegi Cinta Tiada Penghujung
Oleh: Syukri Isa Bluka Teubai

...Yang Tersembunyi...

Mereka yang tiada suka untuk mengumbar rasa tentang segala cerita akan kesenangan walau memang itu hanya untuk sementara, baik yang tengah diraihnya, mendapatkan khabar baik dari rakannya atau dari yang lain untuk kemajuan dirinya, adakala menjadi tamu kehormatan di sebuah tempat, mendapatkan piagam perhargaan sebagai penulis muda dan juga dari kebahagiaan lainnya. Pemuda itu tiada suka pada yang demikian, adalah untuk mengumbar diri.

Apalagi pada hal-hal yang sangat pribadi yang berkenaan dengan kesehariannya baik itu masalah cintanya dengan seseorang dan banyak lagi yang semacam itu. Orang-orang yang tiada suka dengan demikian akanlah sangat-sangat susah untuk ditebak akanpada kesehariannya, bahkan mereka-mereka yang disekeliling itupun juga akan susah menebak keadaan hatinya.

Berbahagialah ia atas kesungguhan pribadinya tersebut, sungguh jarang ada yang serupa dengan pola orang yang demikian. Baik dalam cerita mahupun dalam kenyataan, yang namun semua daripada kelebihan dan kekurangan itu sendiri dimiliki oleh setiap makhluk apalagi sebagai seorang manusia.

Namun sebaik apa sahaja, sepandai apa ia menyimpan semua rasa itu, akanlah ada waktu-waktu tertentu baginya untuk menceritakan tentang hal tersebut. Akanlah ada waktu-waktu tertentu baginya untuk terbuka, menceritakan semua tentang apa yang disembunyikannya, akanlah datang ketepatan untuk dirinya itu. Kerana kita adalah manusia.

Hubungan itu telah lama terbina antara keduanya, seiring tahunpun berganti. Hari ini semuanya telah berakhir dan sedikitpun tiada tersisa walau hanya untuk sebiji sahaja akan benih-benih cinta yang telah kian tahun mengakar dan tumbuh di hati masing-masing keduanya, namun Tuhanlah Yang Maha segala-galanya. Ia Yang Maha Tahu dan Yang Maha Berkehendak.

"Kulihat dirimu sering merenung sendiri sekarang ini? Apa gerangan!" Seorang sahabat lama itu mencoba bertanya kepada pemuda yang tengah dilanda kebimbangan rasa itu. Yangmana siapa sahaja akan mengetahui bahawa dirinya tengah dilanda nestapa, oleh kerana kesehariannya yang sekarang ini sudah banyak berbeda dari hari-harinya yang telah berlalu.

Kerana beberapa hari ini keadaan rakannya terlihat berbeda baik dari apa yang dirasakan olehnya dan terhadap apa yang terjadi kepada rakannya tersebut dan ia melihat banyak sekali perbedaan pada diri pemuda periang yang telah lama menjadi tempat berbagi segala duka mahupun bahagianya. Kerana mereka adalah rakan akrab.

"Iya, Aku sudah tiada lagi berhubungan dengan Dara! Bahkah sudah dari setahun yang lalu putus dengannya, tapi hari ini aku mahu menikah dengan yang lain daripada ia!" Jawab pemuda periang itu, ia seketika sahaja bercerita pada poin cerita akan persoalan yang tengah melanda dirinya.

"Jadi?" Tanya rakan penanya itu lagi kepada pemuda tersebut.

"Ya, sangat menjadi-jadi! Mereka tiada pernah tahu tentang hubunganku, tentang bagaimana aku yang sebenarnya, mereka mengira aku masih dan selalu menjalani hubungan cinta, hubungan pribadiku dengan baik. Memang tiada pernah sekalipun kami mengumbar perasaan, adakalanya sedang marah dan lain sebagainya di tempat ini (Facebook)," pemuda itu terus berkat-kata.

Muksal, memang jarang sekali mengungkapkan rasa di dunia maya, baik ia tengah terluka, bahagia dan lainnya. Tidak seperti mereka-mereka yang lain daripadanya itu, segala sesuatu yang tengah dialami atau apa sahaja yang tengah dilakukan. Semua penikmat dunia maya adakalanya akan mengetahui itu. Nakeuh, kerana status di laman Facebooknya mereka-mereka itu.

"Aku bukan tipe orang yang demikian. Maka dari itu, sampailah pada waktu untukku harus berterus terang di sini (Facebook), di tempat ini. Bahawa aku tidak lagi bersamanya, sudah lama sekali aku tidak lagi bersama ia yang kau sangkakan itu duhai dirimu yang akan mahu kunikahi!" Pemuda tersebut menggigit bibirnya.

Baju yang ia kenai sekarang ini terlihat bolong-bolong, seperti terkena percikan api rokok. Yang tadi bertanya kepadanya ialah Mahlil, akan tetapi jawaban yang dikemukakannya seperti ia tengah berbicara dengan perempuan yang mahu dinikahinya tersebut. 

"Seandainya engkau tak pernah bercerita, mengabarkanku seperti sa'at ini. Sungguh aku juga akan seperti mereka dan mengira bahawa engkau masih bersama Dara!" Rakan itupun sangat terkejut atas semua kejujuran yang disampaikan kepada dirinya. Kerana pemuda periang itu jarang sekali suka bercerita tentang masalah pribadinya itu.

Lentera kaca di dinding kayu rumah beratap rumbia itu semakin terlihat meredup, tiada lagi menampakkan kemilauan daripada cahaya yang berlimpah darinya. Malam ini dan malam kemarin telah lama menjadi saksi terhadap simalakama yang tengah melanda dirinya, rintikan hujan pada malam tersebutpun kian deras membasahi bumi.

Mereka terlihat masih bercerita, seakan tiada habisnya akan persoalan yang tengah dibahas itu. Sesekali nampak Muksal menghisap rokoknya sedemikian lama dan mendalam seakan ia mahu menelan tembakau yang ada di tangan kirinya itu, siapa yang pernah merasakan hal seperti yang tengah dirasakan oleh Muksal. Sungguh mereka-mereka itu akan berdo’a untuknya.

“Bahkan aku tidak bisa lepas dari sandiwara ini, di hadapan kalian semua dan di hadapan orang tuanya juga aku sudah lama berlakon sebagai kekasihnya. Aku malu seandainya orang yang telah melahirkan, membesarkannya itu tahu akan hubungan kami yang sebenarnya. 

Bersambung............ (Bagian K2).

Post a Comment

0 Comments