Seadanya?



Ketika bulan menerangi malam
ia tak pernah memaksa cahaya
begitu juga ketika matahari menyapa pagi
ia pun tak pernah memaksa cahaya


Matahari dan bulan seperti membiarkan
tak kala mendung tak memberi singkap
berhingga bintang gemintang terselimuti
begitu juga butir butir pancaran di hari hari


Kenapa begitu adakah engkau ingin tahu
kerana begitulah seadanya
semua memang sudah seadanya begitu
namun kenapa masih ada juga yang tak mahu mengerti


Banda Aceh, 16 Februari 2019



Syukri Isa Bluka Teubai, penyuka sastra.

Post a Comment

0 Comments