Karya; Syukri Isa Bluka Teubai
Semenanjung kisah kian indah
aku bersalah kerana telah mengetuk pintu hatimu
ma’afkan daku akan salah
Pelak sangat untukku berkilah
aku bersalah kerana telah menorehkan kasih atas kasihmu
ma’afkan daku akan resah
Akan mereka memang dasarlah ini salah
aku bersalah kerana telah menyintakanmu dengan cintaku
ma’afkan daku akan tingkah
Bukan aku menghalalkan hujjah
aku bersalah sehingga bersebab kekasih haram itu menjadi gelarmu
ma’afkan daku akan gegabah
Dasarlah sunnah menyatu padanya qaidah
Allah tuhanku ampunilah akan sekalian dosanya dan dosaku
ikatan suci akanlah titah
Niscaya larangan akan perintah
Allah tuhanku atas kehendakmu lekas halalkan ianya untukku
supaya kami menjadi suami istri yang sah
Ta’arruf bukanlah hujjah
Allah tuhanku atas kehendakmu jadikanlah ia istriku
tempatku memanjakan mahabbah
Ijab qabul aqad nikah itu anjuran-Mu ya Allah
menjadi halal menjadi halal ianya untukku
jangan sampai kami berpisah
Jelas ini bahawalah perintah
lekas menyatu akannya denganku
Allah tuhanku atas kehendakmu semua itu akan berlaku
Allah tuhanku padamu do’a selalu pintaku
semuanya tolong aminkan do’aku, amin
jadilah ianya penawar hidupku, amin
dan aminkan do’aku, amin
Banda Aceh, 09 November 2015
Syukri Isa Bluka Teubai, penyuka sastra.
0 Comments