Semua Tahu V



Semua Tahu V
Karya: Syukri Isa Bluka Teubai

Semua yang dicipta akan mati
tiada siapapun terkecuali
sekalipun  gunung menjulang tinggi
sungguh tiada baqi
perbanyaklah sadar di diri

Pabila sa’atnya yakti
mahu ke mana dikau nak pergi
hujjah-hujjah tak lagi berarti
sekalian hilang ditelan bumi
tiada berlaku akan janji-janji

Sirna semua mengetahui
fana semua mengetahui
siksa semua mengetahui
dosa semua mengetahui
dan semua akan mati

Banda Aceh, 21 Maret 2016

Post a Comment

0 Comments