Syukri Isa Bluka Teubai
Muda Dibangsa
Oleh; Syukri Isa Bluka Teubai
Saban hari, zaman ini terus berkembang, pun, kemajuan
kian terasa, tergantung ia pada kepekaan kita, bagaimana menyikapinya, dari
segi apa dan pada yang sebenarnya itu bagaimana. Kita harus mampu untuk
beriringan dengan perkembangan perkembangan zaman yang terus menerus berkembang
ini.
Jika sahaja sampai lalai apalagi dengan sengaja
melalaikan diri, jangan terheran heran nanti. Orang orang di sekitar, para
tetangga, mereka yang satu kampung, yang sedaerah, sesama orang orang muda
lainnya. Mereka telah maju bukan-bahkan beribu langkah sudah mendahului langkah
kita.
Katakanlah alasan, sebenarnya apa itu alasan? Tak
lain daripada kemalasan, tak lain daripada itu maka lahirlah berbagai macam
hujjah di dalam diri. Bahawa tak kala berkembangnya orang orang yang tinggal di
kota, adalah kerana mereka itu peka terhadap perkembangan di lingkupnya, mereka
jelas terlihat lebih maju.
Berbanding dengan kita yang di desa, di kampung
kerana hanya di situ sahaja ranah kita dan tidak mahu tahu tentang hal yang
lainnya, maka susah untuk mengembangkan diri. Mereka yang di kota hidup mewah,
terlihat bersih, rapi. Kerana mereka akan merasa tidak nyaman apabila tidak
seperti tetangga di samping yang berdekatan dengan rumahnya (bersih bersih,
rapi).
Kejanggalan akan terlihat adanya, maka dariitu mereka
berbenah. Mereka mempunyai keinginan yang besar untuk sebuah perubahan pada
dirinya, setidaknya mampu menyamai jiran itu. Tapi, kita yang di desa, kampung.
Malah sebaliknya. Bahkan dengan serta merta mengatai ngatai tetangga apabila
sedikit sahaja ada perubahan pada mereka. Bukan untuk menirunya dalam hal
perubahan malah mencemburui mereka.
Kapan ada perubahan pada diri, kapan? Sedangkan
kehidupan terus, perdetik menuntut perubahan daripada kita. Supaya, setidaknya
mampu untuk jalan beriringan di sampingnya (kemajuan). Begini juga dengan anak
muda, terserah pribadi kita. Mahu-ataupun tidak untuk memahaminya. Yang namun
perubahan adalah di tangan kita, pemudalah yang mempunyai andil sepenuhnya
daripada semua ini (perubahan).
Pemuda merupakan generasi yang sangat dibutuhkan oleh
setiap bangsa, kerana masih kuat badannya, masih ekstra tenaganya, sehat
pikirannya dan orang orang muda itu masih kuat jasadnya. Adakala ia berencana,
merencanakan sesuatu masih mungkin untuk dicapainya bahkan sangat mungkin untuk
mencapai rencana itu.
Semua berpulang kembali kepada diri, pribadi masing
masing. Siapa sahaja yang belum peka terhadap perkembangan masa, yang perdetik
terus menghadirkan perubahan. Maka tinggallah dikau di belakang usia. Dan
jangan sekali kali dikau iri kepada mereka, kepada sekalian para pemuda yang
peka. Jangan pernah iri kepada mereka itu.
Tidak usah pun dikau memikirkan mereka, kerana
sebelum untuk memikirkan itu. Para pemuda itu, sudahlah terlebih dahulu
memikirkan kalian. Kerana mereka sadar, terhadap sesuatu kemajuan yang akan
disuarakan olehnya nanti. Kalianlah penentang keras daripada itu, kerana tidak
ada ilmu. Tidak mahu berbenah bersama sama mereka di kala waktu.
Lazimlah seperti masa sekarang ini, di mana mereka
mereka yang pandai menyuarakan perubahan. Mengajak untuk menikmati sebuah
kemajuan, sudah adanya suara suara kelompok daripada kebodohan dan sangat bebal
otaknya. Bagaimana untuk mencapai kemajuan itu, bagaimana?
Maka, persiapkanlah dirimu duhai muda. Kita tahu,
semakin zaman berkembang. Bertambah pula tantangan. Semua kita tahu itu.
Maju-tidaknya sebuah negara, adalah bergantung besar pada pemuda. Belajar dan
banyak banyaklah membaca, tidak musti di sekolah, tidak harus di kampus, tidak
demikian. Yang namun berdasarlah kemauan, di mana sahaja kita dapat dan bisa
belajar. Juga tanyakan pada ahlinya, apa yang sudah dipelajari itu.
Setiap sesuatu adalah sejarahnya, pahami itu dahulu.
Supaya jangan tersesat dalam amalannya. Segalanya adalah penentu, pelajari ia
duhai anak cucu. Jangan biarkan mereka mengaburkan sejarah indatu, berdebat
sesama sangatlah malu. Berperang kita dengan musuh, tukar pendapat tidak perlu
riuh. Kita punya agama, jelas. Berpeganglah teguh, di sana. Kerana yang pasti
pasti tidak ada di tempat lainnya.
Anak Muda, sungguh di tanganmu bangsa. Perjalananmu
masih sangat sangat panjang. Tanggung jawabmu benarlah ada di masa nyata. Jauhi
diri dari hal hal yang tidak berguna. Batasi diri dengan kemalasan.
Berbahagialah dikau dan penduduk bangsamu di hari kemudian.
Syukri Isa Bluka Teubai, penyuka sastra.
0 Comments