Sebuah Pengakuan
Oleh; Syukri Isa Bluka Teubai
“Ya, aku harus mengakui ini, selagi
umurku masih dikandung badan, selagi aku, kita dan mereka masih ada. Berhingga
siapa sahaja yang ingin bertanya tentang kisah yang kuceritakan ini, bisa langsung
menjumpaiku untuk bertanya tentang keshahehannya lagi, akanpada sebuah
pengakuan yang sudah bertahun tahun lamanya aku pendam,” tiba tiba Siddiq
berkata kepada seorang rakan yang tengah bersamanya, mereka berdua berada di sebuah
kedai kopi di ibukota.
Masa SMA,
adalah masa muda. Tak kala hasrat ingin mempamerkan diri kepada siapa sahaja
apalagi kepada lawan jenis, adalah hal yang tidak bisa disembunyikan oleh gerak
dan tingkah anak anak di masa Sekolah Menengah ke Atas tersebut, di setiap
zaman mereka pasti akan begitu. Mencari jati diri, tepatnya bahagi persualan yang
tengah bergelut dengan mereka di kala waktu.
“Kau pikir, orang orang akan percaya
dengan pengakuanmu ini. Aku berharap mereka bisa percaya?” Aza bertanya kepada
rakannya sembari berharap, rakan rakan lain akan percaya kepada pengakuan
tersebut.
“Aku tak peduli, mereka mahu percaya
atawa tidak, itu urusan mereka. Tugasku hanya berkata dan bercerita,
mengungkapkannya kepada mereka walau caraku untuk mengakui itu akan berbeda,
walau nanti akan kutulis ke dalam sebuah cerita pendek [cerpen], tugasku hanya
itu. Bukan ingin mengungkit masa lalu apalagi mencari masalah di sini, lagi pun
dara dara tersebut sekarang ini sudah menikah,” jawab Siddiq, masih teguh
dengan keinginannya untuk mengungkapkan sebuah rahasia di dalam percintaan.
Pada
masa itu, Siddiq merasa aneh akanpada sikap Icut terhadap dirinya dari beberapa
hari ke belakang, dara yang bertubuh tinggi semampai, walau agak terlihat
kurus, mempunyai warna kulit putih pucat tersebut beberapa kali terlihat senyam
senyum ke arahnya, sampai dengan di beberapa hari ini. Mereka sama sama di
ruang kelas1C, di SMA Madhian. Lelaki itu masih sahaja membalas senyuman Icut
setiap kali si dara tersebut memberinya senyuman, ia tak mahu dianggap seorang lelaki
yang sombong.
Bulan
berlalu, Icut semakin berani sahaja untuk duduk bersebelahan dengan dirinya tak
kala jam belajar tidak berlaku. Bahkan, hampir saban hari ia terus mendengar
curhatnya si dara tinggi semampai. Siddiq tak punya perasaan apa apa pada Icut,
yang dengan tiba tiba akan sekalian perangainya itu berubah kepadanya. Padahal
Cut Laila tahu bahawa Siddiq punya hubungan dengan seorang dara lain di kelas
mereka, masih di ruang kelas yang sama, tak lain dara itu juga rakan Icut
sendiri.
“Aku heran, Za, bahkan sangat sangat
heran dengan perangai Icut. Padahalnya ia tahu bahawa aku sudah memiliki
seseorang yang sangat spesial bahagi diriku, dan kami masih punya hubungan tak
kala Icut harus mencintaiku di kala waktu, walau belakangan memang sudah agak sedikit
kacau, selama Cut Laila itu dekat denganku. Aku serba salah,” pemuda yang ingin
sekali membuat pengakuan tersebut berkata lagi kepada rakannya, Nazar Mahesa.
Sekarang,
Siddiq S dan Aza tidak lagi muda, sudahlah menjadi seorang ayah jika sahaja mereka
sudah menikah. Kerana Jufri rakan seangkatan mereka di Sekolah Menengah ke Atas
dahulu sudah memiliki dua orang anak. Namun mereka berdua belum menikah, masih
ingin menyelesaikan belajar di masing masing jenjangnya di ibukota provinsi,
yang namun keduanya sekarang ini sudah memiliki hubungan seribu-milyar-rius
dengan pujaan hati sendiri sendiri. Hanya menunggu waktu sahaja.
Aza
mengambil dan menyeruput kopinya di gelas kaca berukuran sedang, air hitam
pekat yang ada di sana tidak lagi panas. Matanya terpejam tak kala minuman beraroma
khas tersebut memasuki tenggorokannya dengan lamban, sebatang Dji Sam Su blacknya
kini mulai dibakar lagi. Asap asap mengepul, berlarian, menghilang tak kala
terkeluarkan dari alat indra tubuh manusia yang perokok.
“Jadi bagaimana kelanjutannya akanpada
cinta dan kenangan yang kini engkau mahu berkata jujur tentang yang sebenarnya
cerita itu?” Tanya Aza, ia ingin mendengar semua kisah itu terlebih dahulu dari
Siddiq. Kerana ia tidak tahu bagaimana cerita yang sebenarnya, hanya mendengar
cerita percintaan rakannya Siddiq tersebut dari mulut ke mulut dari rakan rakan
seangkatan Sekolah Menengah ke Atas nya juga.
“Dan kau, adalah seorang playboy,
dulunya. Begitu kudengar dari mereka mereka,” Aza menyambung sedikit kalimat lagi
sebagai pelengkap kata katanya.
Siddiq
tidak menanggapi pertanyaan Aza, ia hanya diam dan melihat ke arah layar maya
laptopnya, rokok yang ada di tangan kirinya kembali dihisap, ia menghembuskan
sekalian asap tersebut untuk ke luar dari mulutnya. Ia masih tak berbicara.
“Hei, jangan cemberut begitu. Aku tahu
siapa dan bagaimana dirimu, aku tahu kau bukan seorang pemain cinta wanita yang
dikatakan dan aku dengar dari mereka, aku tahu siapa dirimu, bung!” Kilah Aza
sembari sebuah senyuman mekar dari mulutnya.
“Masalahnya, jika kau juga tidak lagi
bisa mempercayai aku, sudah tidak ada lagi tempat bahagiku untuk berkata jujur
di dunia ini,” pemuda yang ingin mengakui akan kebeneran cerita masa kelam
tersebut menjawab rakannya.
“Aku tak habis pikir dengan rakan kita
itu.”
“Siapa?” Tanya Aza seketika. Padahal nya
rakan yang tengah bersamanya di kedai kopi tersebut belum pun habis bercerita.
“Dan, jangan kaukatakan lagi ia, rakan
itu, jangan. Sungguh sudah banyak sekali ia membuat manusia terluka, terlebih
rakan rakannya. Aku juga tak habis pikir, kenapa setega itu ia terhadap rakan
rakannya, aku tak habis pikir itu!” Nazar Mahesa, ia geram.
Oleh
kerana rakan yang mereka maksud itulah, Siddiq dan kekasihnya berpisah, akan
hubungan mereka kandas tak kala cinta diantara Siddiq dan Bidadarinya tengah
bersemi, di masa SMA dulu. Berhingga pula Siddiq harus menanggung beban
perasaan, kerana hampir semua mereka yang perempuan di tempat ia sekolah dahulu
menganggap dirinya seorang playboy.
Siddiq
baru tahu bahawa rakan yang diam diam tidak suka melihat ia senang, apalagi
melihat dirinya walau tengah sedikit sahaja merasa bahagia, sampai sekarang
pada hal nya Siddiq belum pun memiliki apa apa, bukan anak orang kaya, belum
punya kerja. Dan belum pun menjadi siapa siapa.
Ini sudah
tahun 2017, rakan itu masih juga iri terhadap dirinya, masih juga menyebarkan
berita berita miring tentang ia, kepada siapa sahaja, adakala kepada guru guru
mereka dahulu. Ada sahaja cerita yang dibuat buat olehnya dan diceritakan
kepada orang lain. Jika berhadap hadapan dengan Siddiq rakan itu terlihat
sangat ramah, menyanjung nyanjungnya sebisa dilakukan. Jika di hadapan Siddiq.
Rakan itulah
yang sudah membuat surat palsu, yang seolah olah. Siddiq lah pengirim akan
surat tersebut kepada Cut Laila, dahulu. Berhingga Icut menjadi berubah akan
tingkahnya tak kala berpapasan dengan Siddiq yang tidak tahu apa apa. Rakan itulah
yang sudah berbalas balas surat dengan Icut, mengatasnamakan Siddiq. Oleh sabab
ia pula, pemuda yang hari ini ingin mengakui kebenaran tersebut, kandas akan
hubungannya dengan Bidadari di dalam satu ruang kelas itu.
“Jadi, kapan kau akan menulis pengakuan
tersebut ke dalam sebuah cerpenmu,” Aza kembali bertanya kepada Siddiq, mereka
masih di sebuah kedai kopi di ibukota provinsi.
“Entah, aku tidak tahu. Yang pasti
pengakuan itu akan segera kubuat, supaya mereka tahu, semua mereka harus tahu
itu. Juga aku ingin meminta ma’af kepada mereka mereka yang pernah terlanjur sakit
hatinya terhadapku, dahulu,” jawab Siddiq. Pemuda yang segera ingin membuat pengakuan
tersebut, juga baru tahu bahawa rakan itu, rakan penebar fitnah yang senantiasa
menyebarkan berita sesuka hatinya, atas apa yang berlaku terhadap Siddiq, yang
telah menulis surat cinta palsu kepada Icut. Siddiq juga baru beberapa bulan
ini tahu, bahawa rakan itulah yang membuat hubungannya kandas dengan
Bidadarinya, dahulu.
0 Comments