Kita dan Hujan Sayang 1

Elang Tengah Terbang di Langit Pulo Aceh, Pulo Breuh
Foto@Lodin LA

Kita dan Hujan Sayang
Karya; Syukri Isa Bluka Teubai

“Apa itu ma'af, apa?”

“Bagaimana engkau memahami itu,
bagaimana?”

“Setelah melukai hatiku,
membubuhi air jeruk nipis di atas luka itu,
berhari hari, berhari hari.”

Camar camar laut terus mencari umpan
sesekali terbang mengitari dua insan
yang tengah bergelut dengan sebenarnya persoalan
bagi mereka berdua

Dan dengan mudah sahaja mengucapkan kata kata;

“Ma’afkan daku sayang!”

“Iyakah begitu?”

“Aku bertanya padamu,
mahukah engkau tahu bagaimana rasa perih itu,
mahukah engkau mengetahui akan bagaimana rasa itu?”


Aceh, 08 November 2016

Post a Comment

0 Comments